Sunday, 2 May 2010

SAHABAT


"Kita berhenti dahulu.Dalam perkiraan saya,anda sepertinya sudah letih."

"Saya?letih?Sudahlah..Rasanya malas sekali untuk merasa letih di saat-saat begini.anehkan?"
*senyum sinis*

"Anda manusia.Bukannya patung,bukannya batu meski hati anda nampaknya serupa itu."

"Kenapa begini?musykil.seperti ada sesuatu yang cuba anda sembunyikan.Saya bukan siapa-siapa.Masih menjadi tanda tanya yang cukup jelas.Mengapa anda disini?Sanggup sekali berada di samping manusia yang berhati batu seperti saya.Kehidupan sendiri.sunyi.sepi inilah yang mengajar saya menjadi seperti ini!keras!"
*emosi lagi*

"Seperti permulaan ketibaan saya,sebagai saudara,teman dan sahabat anda.Ini tanggungjawab.amanah.Tiada propaganda.Dan ingat,batu yang keras itu asalnya pasir..halus..anda juga begitu.Saya akan cuba memahami anda."

"Wah..petah sekali berbicara.Kagum.Tapi itu cuma bicara kosong!Anda sama sekali tidak pernah alami apa yang pernah saya lalui!Bicara orang seperti anda,heh,maaf terlalu kasar,selayaknya dibuang terus kedasar himpunan sisa!Hidup saya disini,seorang!Haiwan juga hidupnya berkumpulan.Apa bezanya hidup saya?!."

"Anda masih dikawal emosi di kala ini.Saya benar-benar dan InsyaAllah cuba memahami situasi anda.Dahulu..juga,saya seperti anda.Meraung sendiri.Menangis sendiri.Bagai manusia tanpa akal.Tercampak di sini,dahulu daripada anda.Berkali jatuh.Saya cuba bangkit.Terkadang ya,lelah.

"Apa kaitannya dengan saya?Itu perihal anda sendiri."
*Mata mencerlung.bibir mencebik kasar*

*senyum*
Tidak betah duduk sahaja.Setiap saat dalam fikiran,selama mana harus begini?Saya berjalan.Meredah labyrinth ini.Gelap.ya memang gelap.Kota yang nampaknya kosong tetapi kadang kala telinga menangkap suara-suara di dalam sini.Kala itu,saya sedar,saya tidak sendiri.Berjalan dan berjalan.Memang seram sendirian berjalan bertemankan suara-suara aneh.Saya tabah.Hendak melihat,objek apa yang dapat ditangkap retina mata?tiada cahaya sedikitpun.Buta?mungkin.Saya teruskan dengan tekad,kaki akan berhenti melangkah,lama.. tatkala saya temukan siapa-siapa di sini.Dan ya,akhirnya saya di sini.Sekurang-kurangnya larian,perjalanan saya ada hasilnya.Bukti?Saya ada teman di sini sekarang.Anda.
Jadi,bicara saya bukan omongan kosongkan?"
*senyum*

"....anda...anda..tidak memahami saya....sedikitpun..tidak.."
*esak tangis kedengaran*

"Tidak mengapa.Mungkin juga hal kita berbeza.Kerana itu,saya cuba faham keadaan di sini.cuba faham saudara,teman dan sahabat saya.
Anda akan saya bimbing perlahan untuk berubah.Kita hijrah bersama ya.Kita merangkak..InsyaAllah selepas itu,kita belajar berjalan.Sampai satu saat nanti, larian bermula andainya kita cukup kuat waktu itu.Mencari cahaya,kasih ilahi.Allah akan sentiasa bersama kita.Gelap cuma dipandangan.Tetapi hati,masih ada cahaya.Terang yang cukup terang."
*senyum*

"............"

Sekali lagi.Labyrinth menjadi saksi.Itulah erti sahabat.Meski bagaimanapun sahabat itu,sabar..sabar..sabar..tegas dalam menasihati..cuba saling memahami..terikatnya tali ukhuwah.Semuanya InsyaAllah..kerana Allah.
*senyum.senyum.senyum*

No comments:

Post a Comment