Thursday, 29 April 2010

SAHABAT..TEMAN..SAUDARA

"Assalamualaikum"
hah?suara siapa?
*mencari dalam gelap pekat suasana*
"err..er..wa..wa'alaik..kum..muss..sa..lam..anda..anda siapa?"
"saya?temanmu..sahabatmu..saudaramu.."
"saudaraku?sahabat?temanku?tidak..mereka tidak pernah wujud!"
*emosi tiba-tiba*
"justeru..saya disini akan menjadi mereka-mereka itu..menemani anda disini"
*senyum*
"kenapa?"
"kenapa?kerana anda sebahagian daripada saya..mari,kita cari jalan keluar dari labyrinth ini bersama.InsyaAllah..meski tidak punya cahaya..anda masih mampu mendengar suara saya,kan?"
"tidak.saya tidak mengenali anda.biarkan saya keseorangan disini.biarkan nyawa saya terbang disini.seorang.biarkan itu!"
"saudaraku..ingat,mereka yang masih diluar sana..mereka yang masih ada sayang buat anda."
"dusta!mana ada sayang dari mereka!semuanya membenci!"
"sahabatku..ada.masih ada sayang buatmu.cuma satu yang mereka pinta.mereka mahu anda berubah.berubah menjadi insan yang lebih sempurna.meski tiada manusia seperti itu.berubahlah."
"berubah.berubah seperti apa??"
"berubah menjadi khairunnisa'..sebaik-baik wanita..mahukan?akan cuba saya bimbing anda meski saya pun masih merangkak dalam usaha ke arah itu.kita usaha sama-sama.ya?"
*senyum*
"mahukah mereka menerima saya?"
*takungan air jernih di tubir mata*
"InsyaAllah..mari,gamit tangan saya..kita jelajah dalam gelapnya labyrinth.Allah sentiasa ada bersama kan?jangan gentar."
"sebelum itu.sebentar"
"ya?ada apa?"
"siapa anda yang sebenarnya?"
*hampir titisnya air mata*
"sahabatmu.teman.saudaramu"

*senyum*
"sambut huluran tanganku..menangislah..jangan tahan semuanya dalam hati.pedih.nanti lelah.nanti sakit.seusai kita keluar dari kota ini,cari insan-insan yang anda pilih buat luahkan segala yang terbuku dihati andai saya bukan salah seorang daripada mereka.menangislah."
*senyum.senyum.senyum*
"anda..terima kasih..untuk segalanya"
*gugurnya air mata menyembah lantai labyrinth yang gelap gelita*

di labyrinth ini.saksi satu titik permulaan hidup.
berubahlah..
*senyum*

Sunday, 25 April 2010

ADA SINARAN DI SANA.

Lihat!
di sana ada cahaya!
*lari*
..........
mana?
mana cahaya tadi?
sebentar tadi ada cahaya kan disini?
................................
Ya Allah..
sesungguhnya ini ujian dari-Mu.
sabar.sabar.sabar.
andai benar di labyrinth ini ada cahaya,maka Engkau akan tunjukkan itu.
tapi aneh bukan?
masakan di labyrith tidak ada cahaya?bukannya kota sesat ini di tutupi bumbung.
aneh.
hidup memang aneh.
dan unik juga.jangan lupa itu.
*senyum*
tak akan lari gunung dikejar.
andai cahaya itu yang Allah telah peruntukkan,satu saat..cahaya itulah yang akan hadir menemani.
itu yang terpasti.
senyum.senyum.senyum. 


Friday, 23 April 2010

NAFAS YANG TERSISA

nafas masih berbaki.Syukur..
Pejamkan mata.
Rapatkan tangan ke dada,hayati hidup yang tinggal sisa.
Tahan nafas sedalamnya lagak tahannya rasa hati dalam jiwa.
Udara yang ada,
cukup buat teruskan hidup,dalam labyrinth yang menyeksa.Barangkali mungkin.
Jangan ditarik nikmat yang Engkau beri Ya Robb..hamba mohon.
pandu hamba.
Pimpin ke jalan yang Engkau redhai.
Bantu hamba ya Allah..
*masih cuba berlari*
mencari sinar kasih dan cinta-Mu..
*menangis*

MENCARI CAHAYA

tappp.tapp.tapp.
Gelap.
mana cahaya?
*laju hayunan kaki*
mana mereka?
*lari*
laju.laju.laju.
lelahnya...
udara..udara..udara..
nafas seolah terhenti.seakan hampirnya mati.
penat.letih.putus asakah ini?
*larian beransur perlahan*
pucat.sejuk.
sendirian bertemankan tangis.
benar-benar keletihan.lelah dengan hidup!
SENYUMLAH..BUKANKAH ALLAH SENTIASA BERSAMA?
benar.
ampunkan hamba..hamba khilaf.
mata semakin kuyu.tubuh terkulai kaku.
*jatuh*
...Ya Allah...
*senyum*