Thursday, 27 May 2010

AJAL DAN HATI

Ya Allah..tolong..
hati tak sanggup.hati pedih sangat.hati terasa.hati sakit.hati lelah.hati penat.
sangat.sangat.sangat.
Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.
*senyum*
tak boleh..tak rasa nak senyum..tak rasa langsung.
Allah ada..Allah akan tolong..Allah masih sayang..sayang yang selamanya
*senyum*
tak.tak.tak rasa nak ukir langsung.langsung.kosong.
*senyum*
Allah............
tolong.

dah.pegi tidur.mata dah jadi panda.
panda comel.biarkan.

dah.hati dah tenang.
tenang seperti apa?
seperti anak kecil yang lena tidurnya.

*senyum*
kan dah boleh.
baru indah.

*menangis*
lah..kenapa.
tak ada sebab.rasa nak menangis.bolehkan?
rasa nak menangis.menangis.
seperti anak kecil yang terjaga tidurnya.

luahkan semua.biar semua berlalu bersama air mata.
satu hari nanti,tiada lagi air mata itu.
cuma kalau mungkin hanya ada air mata gembira.
pasti.

Ya Allah.bolehkah kuminta sesuatu?
andai ajalku bakal tiba.
benarkan waktu nyawaku dicabut yang matiku syahid.
supaya hati yang sakit untuk insan yang kupilih itu tidak sia-sia.

benarkan ya Allah..tolong benarkan.



Sunday, 16 May 2010

Hati

Biar hati simpan.Biar hati pendam.

Biar semua tenggelam.dalam dasar hati yang paling dalam.

kenapa?

Hati lagi tenat.biar hati rehat.baru hati sihat.

kelakar.

biarlah.asal hati tiada amarah.asal hati tetap merah.biar semua jadi mudah.

senangnya cakap.

ha.ha.ha.mudah.cukup mudah.bukannya susah.

bagaimana?

senyum selalu.meski senyuman palsu.boleh jadi rindu haha.

aneh.alien.

lalalala~



sousaku.



Thursday, 13 May 2010

KATA

"Sudahlah."

*sapu sisa air mata*

bukankah perjanjian diri sudah termeterai?tiada lagi tangisan kan?

azam sudah kukuh.hati yang sudah teguh.

"nampaknya kini mulai rapuh? "

kasihan.

"tubir ini rasanya kembali hangat".

itu nada yang mendatar bukan?

"ha.ha.ha.ha."

aneh.mengapa terganggu dengan kata-kata larian yang masih kabur atas dasar apa..kononnya.

atau..

"mungkin kerana rindu saat yang dulu?menjadikan diri emosi begini."

rindu?jangan..

"ya tahu.rindu seperti itu racun.hati akan terseksa.sangat terseksa."

habis bagaimana?

"ahhh,mudah.diamkan diri.mungkin itu yang terbaik."

jangan seksa diri begini.

"lebih rela diri terseksa daripada orang lain yang merasa."

sampai bila?

"sampai penawarnya tiba."

*lakaran senyuman palsu*

hilang kata .biar hati yang menahan semua.biar diri jadi benteng derita.sampai disini.lenyap.selamat tinggal.InsyaAllah,janji masih lagi kukuh sebagai janji.

pegang erat janji itu.tunggu.saat.tibanya.waktu.

masih sanggup?

Sunday, 2 May 2010

SAHABAT


"Kita berhenti dahulu.Dalam perkiraan saya,anda sepertinya sudah letih."

"Saya?letih?Sudahlah..Rasanya malas sekali untuk merasa letih di saat-saat begini.anehkan?"
*senyum sinis*

"Anda manusia.Bukannya patung,bukannya batu meski hati anda nampaknya serupa itu."

"Kenapa begini?musykil.seperti ada sesuatu yang cuba anda sembunyikan.Saya bukan siapa-siapa.Masih menjadi tanda tanya yang cukup jelas.Mengapa anda disini?Sanggup sekali berada di samping manusia yang berhati batu seperti saya.Kehidupan sendiri.sunyi.sepi inilah yang mengajar saya menjadi seperti ini!keras!"
*emosi lagi*

"Seperti permulaan ketibaan saya,sebagai saudara,teman dan sahabat anda.Ini tanggungjawab.amanah.Tiada propaganda.Dan ingat,batu yang keras itu asalnya pasir..halus..anda juga begitu.Saya akan cuba memahami anda."

"Wah..petah sekali berbicara.Kagum.Tapi itu cuma bicara kosong!Anda sama sekali tidak pernah alami apa yang pernah saya lalui!Bicara orang seperti anda,heh,maaf terlalu kasar,selayaknya dibuang terus kedasar himpunan sisa!Hidup saya disini,seorang!Haiwan juga hidupnya berkumpulan.Apa bezanya hidup saya?!."

"Anda masih dikawal emosi di kala ini.Saya benar-benar dan InsyaAllah cuba memahami situasi anda.Dahulu..juga,saya seperti anda.Meraung sendiri.Menangis sendiri.Bagai manusia tanpa akal.Tercampak di sini,dahulu daripada anda.Berkali jatuh.Saya cuba bangkit.Terkadang ya,lelah.

"Apa kaitannya dengan saya?Itu perihal anda sendiri."
*Mata mencerlung.bibir mencebik kasar*

*senyum*
Tidak betah duduk sahaja.Setiap saat dalam fikiran,selama mana harus begini?Saya berjalan.Meredah labyrinth ini.Gelap.ya memang gelap.Kota yang nampaknya kosong tetapi kadang kala telinga menangkap suara-suara di dalam sini.Kala itu,saya sedar,saya tidak sendiri.Berjalan dan berjalan.Memang seram sendirian berjalan bertemankan suara-suara aneh.Saya tabah.Hendak melihat,objek apa yang dapat ditangkap retina mata?tiada cahaya sedikitpun.Buta?mungkin.Saya teruskan dengan tekad,kaki akan berhenti melangkah,lama.. tatkala saya temukan siapa-siapa di sini.Dan ya,akhirnya saya di sini.Sekurang-kurangnya larian,perjalanan saya ada hasilnya.Bukti?Saya ada teman di sini sekarang.Anda.
Jadi,bicara saya bukan omongan kosongkan?"
*senyum*

"....anda...anda..tidak memahami saya....sedikitpun..tidak.."
*esak tangis kedengaran*

"Tidak mengapa.Mungkin juga hal kita berbeza.Kerana itu,saya cuba faham keadaan di sini.cuba faham saudara,teman dan sahabat saya.
Anda akan saya bimbing perlahan untuk berubah.Kita hijrah bersama ya.Kita merangkak..InsyaAllah selepas itu,kita belajar berjalan.Sampai satu saat nanti, larian bermula andainya kita cukup kuat waktu itu.Mencari cahaya,kasih ilahi.Allah akan sentiasa bersama kita.Gelap cuma dipandangan.Tetapi hati,masih ada cahaya.Terang yang cukup terang."
*senyum*

"............"

Sekali lagi.Labyrinth menjadi saksi.Itulah erti sahabat.Meski bagaimanapun sahabat itu,sabar..sabar..sabar..tegas dalam menasihati..cuba saling memahami..terikatnya tali ukhuwah.Semuanya InsyaAllah..kerana Allah.
*senyum.senyum.senyum*